Ahad, 2 Januari 2011

Fatihah di Tadika Tahfiz Gemilang

CEPAT BELAJAR CEPAT PANDAI

Cepat Belajar Cepat Pandai ialah tema pembelajaran Fatihah tahun pertama Fatihah belajar tahun ini. Abang Tah, tema dia tak sama dengan Fatihah. Tema dia "Cepat Baca Cepat Cerdik". Semuanya dengan izin Allah... "InsyaAllah"

TADIKA TAHFIZ GEMILANG.... 'kearah melahirkan hafiz dan hafizah'. Tempat Fatihah belajar. Tahun ini belajar disini. Tahun depan bila umur 6 tahun Fatihah akan belajar di Sekolah Pra di Ittihadiah Tanjung Pagar tempat abang Tah belajar sekarang.

Gambar ini diambil dihari Fatihah, mama dan abang Tah mula-mula ziarah disini untuk ambil borang pendaftaran. Bayaran disini ialah RM 2oo sebulan. Motorsikal yang di belakang Fatihah itu hak kepunyaan cikgu Fatihah.

Fatihah baru selesai solat zohor. Abi datang ambil. Fatihah bersiap untuk balik selepas solat. Yang lelaki duduk itu ialah imam solat zohor tadi.


Fatihah nak balik dulu....esok Fatihah datang lagi. Kawan-kawan Fatihah balik lewat sikit. Fatihah terpaksa balik awal kerana abi datang awal. Sepatutnya boleh balik jam 5 petang.

Abang Tah telah pandai baca al-Qur'an dan baca buku. Adik Fatihah pun nak pandai macam abang Tah.

Fatihah nak pulang daaaaah....."Assalamu 'alaikum". Abi dan mama tunggu dalam kereta. Yang berdiri tu...nampak malu konon. Tu body guard...pengawal peribadi Fatihah...Fatihah panggilnya 'abang Tah'