Sabtu, 10 Januari 2015

Khamis, 6 November 2014

Selamat bercuti kawan-kawan semua

Assalamu 'alaikum. Saya, AINUL FATIHAH MUJAHIDAH BINTI HAJI FIKRI. Lama sungguh saya tidak berblog. Hari ini, Khamis 6 Oktober, 2014 saya bercuti atau sekolah saya telah cuti. Abang-abang dan kakak-kakak telah guna bilik darjah saya untuk dijadikan dewan peperiksaan SPM. Setiap hari saya bersama abang Ahmad Fathi Rabbani dan adik saya Ahmad Fathan Jundullah berada di rumah. Sedap juga bercuti tapi saya sangat teringat kepada kawan-kawan saya; Sofiah, Layana, Nurin, Jannah, Najwa, Illiyeen, Munirah, Saedah, Azura, Sofea, Fatimah, Farha, Ain Natasya, Fatin, Alia, Waheda, Afifah, Qistina, kakak Sofeah dan ...... Biasalah cuti. Banti tahun depan 2015 kita jumpa lagi. Disini saya paparkan gambar saya sebagai kenangan. Ketika masih kecil darjah dua, kata abi saya, "boleh papar gambar ketika kecil, nanti besar tak boleh lah". Saya tanya abi, pasal apa ? Abi jawab, "ALLAH tak suka" .....j u m p a l a g i .....

Ahad, 2 Januari 2011

Fatihah di Tadika Tahfiz Gemilang

CEPAT BELAJAR CEPAT PANDAI

Cepat Belajar Cepat Pandai ialah tema pembelajaran Fatihah tahun pertama Fatihah belajar tahun ini. Abang Tah, tema dia tak sama dengan Fatihah. Tema dia "Cepat Baca Cepat Cerdik". Semuanya dengan izin Allah... "InsyaAllah"

TADIKA TAHFIZ GEMILANG.... 'kearah melahirkan hafiz dan hafizah'. Tempat Fatihah belajar. Tahun ini belajar disini. Tahun depan bila umur 6 tahun Fatihah akan belajar di Sekolah Pra di Ittihadiah Tanjung Pagar tempat abang Tah belajar sekarang.

Gambar ini diambil dihari Fatihah, mama dan abang Tah mula-mula ziarah disini untuk ambil borang pendaftaran. Bayaran disini ialah RM 2oo sebulan. Motorsikal yang di belakang Fatihah itu hak kepunyaan cikgu Fatihah.

Fatihah baru selesai solat zohor. Abi datang ambil. Fatihah bersiap untuk balik selepas solat. Yang lelaki duduk itu ialah imam solat zohor tadi.


Fatihah nak balik dulu....esok Fatihah datang lagi. Kawan-kawan Fatihah balik lewat sikit. Fatihah terpaksa balik awal kerana abi datang awal. Sepatutnya boleh balik jam 5 petang.

Abang Tah telah pandai baca al-Qur'an dan baca buku. Adik Fatihah pun nak pandai macam abang Tah.

Fatihah nak pulang daaaaah....."Assalamu 'alaikum". Abi dan mama tunggu dalam kereta. Yang berdiri tu...nampak malu konon. Tu body guard...pengawal peribadi Fatihah...Fatihah panggilnya 'abang Tah'

Rabu, 24 November 2010

Fatihah jumpa keretuk

Apa ni abi ? "Keretuk". Gapo abi ?. "Keteruk" "Keretuk". "Tak pandailah adik nak sebut"
.
Keretuk ialah salah satu alat permainan traditional di Kelantan. Keseluruhan dibuat daripada kayu. Budak-budak sekarang tak kenal keretuk malah tak pandai nak sebut keretuk, jadi keteruk.
.
Kami sekeluarga melawat Ekspo Cheng Ho - Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad keempat. Diruangan pameran Khat dan Kaligraph Ustaz Nik Man dan Ustaz Rashid terdapat keteruk. Fatihah ambil kesempatan untuk memalu keretuk.

.

Ahad, 19 September 2010

Eidil Fitri sama Tok Ki

Fatihah sama Tok Ki dipetang hari raya kedua. Naik motorsikal bersama Tok Ki.....seronok.....
Che Ema dukung adik Fathan.

Ahad, 15 Ogos 2010

Fatihah balik kerumah Tok Ki

Tok Ki bersama Fatihah. Adik Fathan diatas riba Tok Ki.
Fatihah bertuah...masih ada Tok Ki.


Semalam hari puasa ketiga Mak Teh dan Pak Teh balik kerumah Tok Ki, rumah Tok Wan. Fatihah, abang Tah, adik Fathan, abi dan mama pun balik kerumah Tok Ki.
.
Dirumah Tok Ki ada Ammar dan Husna. Fatihah tak sempat nak bergambar dengan Husna dan Ammar.
.
Fatihah sempat bergambar dengan Tok Ki saja. Fatihah sayang Tok Ki dan Tok Wan.


Jumaat, 13 Ogos 2010

FatihaH...sayang mama sayang abi

Ini gambar Fatihah belum bulan Ramadhan...
Di bulan Ramadhan pun Fatihah macam ni juga.. Fatihah masih keciiiiil...........................

Sabtu - 4 Ramadhan, 1431
.
Syukur pada Allah....Abi buat blog untuk Fatihah. Dalam blog ini Fatihah dapat berhubung dengan saudara mara Fatihah.
.
Fatihah ada Mak Saudara iaitu Su Finah, Che Ema dan Mak Teh. Semuanya berada di Kuala Lumpur. Mak Long berada di Batu Rakit.
.
Fatihah juga ada Mak Saudara di Dungun iaitu Mak Ngah dan Mak Cik. Mak Saudara Fatihah yang tinggal di Kampung Kolam ialah Mak Ngah dan Ayah Wil dan Mek.
.
Ayah Will dan Mek ini lah yang istimewanya. Ayah Will yang Fatihah panggil Ayah saja. Ayah dan Mek yang menjaga Fatihah setiap hari. Ayah dan Mek juga yang jaga adik Fathan
.